fbpx

Intro to Dropship Part 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pertama sekali, tahniah kepada anda kerana mengambil tindakan untuk mengubah hidup atau berjaya membuang ketakutan anda untuk bermula.

Dalam satu kajian, persamaan diantara orang-orang yang telah berjaya ialah mereka berani memulakan sesuatu dan tidak takut untuk gagal.

 

Sebelum saya mulakan, saya ingin tekankan JANGAN LANGSUNG SKIP pembacaan anda. Latih diri anda untuk jadi seorang yang rajin membaca. Jadikan ia tabiat. 

Warren Buffet setiap hari akan membaca lebih kurang 500 muka surat untuk menambah pengetahuannya. Beliau antara orang terkaya di dunia, masih membaca. Anda?

Mungkin anda belum mengenali saya, orang yang bertanggungjawab membina Movalt menjadi sebuah jenama.

Amirul

Nama saya Amirul Imani. Saya memulakan perjalanan bisnes sejak umur 16 tahun lagi. Sejak dibangku sekolah, saya banyak membaca dan menonton video berkaitan bisnes.

Saya bermula dengan tangan kosong tiga tahun lepas.

Saya bermula dengan menghadiri festival perniagaan yang dianjurkan oleh kerajaan (lebih kurang macam youcanduit). Saya cuba ajak beberapa orang kawan untuk teman ke event tersebut namun hampa kerana kawan2 saya tidak mempunyai minat dalam bidang bisnes.

Seorang diri saya ke sana. Apa yang saya dapat ialah di sana ialah konsultan bisnes secara percuma.

Mereka akan tanya tentang bisnes yang kita lakukan, dan akan cuba bantu untuk kita selesaikan masalah bisnes. Waktu itu saya belum bermula lagi, hanya ada semangat nak berjaya… nak ubah kehidupan saya.

Ramai juga yang memandang sebelah mata sebab mungkin kelihatan seperti budak sekolah. Waktu tu rasa agak down bila saya cuba untuk menegur sapa orang tetapi dilayan seperti tidak wujud.

Selesai kisah ringkas, bagaimana saya bermula.

===============================

GAMEPLAY JUAL JAM

Dalam apa-apa bisnes, paling penting ialah TRUST.

Lebih penting TRUST tersebut jika anda menjual secara online.

Bagaimana kami mampu menjual lebih dari 200 biji jam sebulan?

Kita anggap page kami di Facebook ini ibarat KEDAI.

Di kedai, kita perlu tunjuk SIAPA di sebalik kedai tersebut.

Sebelum ini kami tidak pernah letakkan “gambar orang” di page kami.

Namun selepas kami letak “gambar orang”, sales kami makin naik.

Customer tak tanya banyak, terus minta number akaun kerana mereka sudah TRUST kepada kita.

Ini kesalahan rata-rata penjual online. Mereka tak letak “gambar hidup”. Orang susah nak percaya jika anda pun tak berani letak muka anda dalam page anda.

Sama saja kalau anda menjual di Instagram atau platform lain, wujudkan TRUST.

Bagi yang jual di profile/personal ig, lagi mudah untuk create trust.

Dalam page/profil pastikan ada

  1. Testimoni
  2. Review
  3. Gambar anda pos barang / pegang barang
  4. Gambar berkualiti tinggi (HD)
  5. Num telefon
  6. Nombor SSM jika perlu
  7. Lokasi berniaga / lokasi anda COD

====================================

PENGIKLANAN

Ini yang newbie-newbie paling FAIL.

Takkan kita buat page/ig kita harap tiba2 orang akan beli.

Anda perlu faham, dalam FB, IG…. MARK ZUCKERBERG juga mahukan duit daripada anda.

So, untuk buat orang lain masuk ke page anda, keluarkan sedikit modal.

FB ADS

Jika anda nak buat iklan di Facebook pun pakai FB ADS…. di Instagram pun pakai FB ADS jugak.

Anda perlukan laptop ye. Nak gunakan smartphone boleh, tapi boost post itu belum cukup untuk create impact.

Untuk gunakan FB ADS, anda perlu buat page business / ig business. So yang tu anda boleh tengok di youtube.

SYARAT UNTUK MAHIR FB ADS IALAH ANDA JANGAN MALAS BELAJAR DAN MENCUBA

Ini link video-video oleh pakar FB ads Firdaus Azizi. Tak perlu nak masuk kelas advance puluh ribu. Mula dari basic, belajar dan belajar.

https://www.youtube.com/channel/UC7YhH6dz10KPIMTADZwJmZw/videos

Saya cadangkan anda tengok semua panduan Firdaus Azizi ini. Sebab memang dia ajar dari zero. Maksudnya ajar dari basic. Cuba rajin untuk tonton.

Lepas dah tonton, anda boleh tanya soalan berkaitan fb ads di group whatsapp. Insyaallah kalau saya mampu jawab, saya jawab berdasarkan pengalaman saya.

So tunggu next part ya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *