Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat. ‘
Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani. Haruman merupakan santapan rohani, manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. Mencium kasturi menenangkan roh.