Khazanah Cermin Mimpi

Original price was: RM200.00.Current price is: RM129.00.

KHAZANAH CERMIN MIMPI
Extrait de Parfum

Khazanah Cermin Mimpi diilhamkan daripada satu detik yang singkat: hembusan terakhir sebuah mimpi, sejurus sebelum fajar. Di tanah tinggi, kabus berlabuh di atas tasik yang tenang, dan airnya memantulkan langit seperti sebuah cermin. Di antara lena dan jaga, seorang lelaki melihat dirinya yang sebenar. Insan yang dia mahu jadi.

Cermin Mimpi ialah tafsiran wangian bagi pantulan itu. Ia dibuka dengan sinar sitrus bergamot dan mandarin, terang seperti cahaya pertama yang menyentuh puncak bukit. Disusuli cypress dan galbanum yang membawa udara hijau dan dingin hutan yang masih basah dengan embun, dilembutkan oleh kesegaran epal dan kedalaman aromatik sage.

Apabila hari bermula, wangian ini beralih ke asasnya yang berkayu. Cedarwood memberikan kekuatan yang kering dan halus, manakala cashmeran dan musk menyelubungi kulit dengan kehangatan yang dekat, bersih dan penuh keyakinan. Dihasilkan sebagai Extrait de Parfum, kepekatannya meninggalkan jejak wangian yang kekal, bertahan walau di bawah panas siang.

Seperti sebuah khazanah, ia bukan untuk semua orang. Ia untuk lelaki yang tahu nilainya, dan tidak sekadar bermimpi.Fresh, Woody & Aromatic

Top Notes : Bergamot, Mandarin, Cypress
Middle Notes : Galbanum, Apple, Sage
Base Notes : Musk, Cashmeran, Cedarwood

Extrait De Parfum – 30ML

Khazanah Cermin Mimpi
Khazanah Cermin Mimpi