Selalu ke pusat beli belah dan seksyen pewangi, namun tak pernah pasti apa bezanya segala perfume yang dipamerkan? Itu perkara biasa, jangan risau. Di sini kami akan bantu anda mengenali perbezaan antara 3 jenis perfume utama di Malaysia!
Eau de Parfum (EDP):
• Kepekatan wangian sebanyak 15-20%.
• Ketahanan sehingga 5-8 jam.
• Mungkin yang termahal antara ketiga-tiga jenis, namun paling berbaloi untuk tujuan formal, rasmi dan utama.
Nota : Semua perfume Movalt menggunakan kepakatan Eau De Parfum, sebab itu wangian tahan lama.
Eau de Toilette (EDT):
• Kepekatan wangian sebanyak 5-15%.
• Ketahanan selama 3-5 jam.
• Paling kerap ditemui di Malaysia, serta sesuai untuk kegunaan seharian di kampus atau tempat kerja!
Eau de cologne (EDC):
• Kepekatan wangian sebanyak 2-4%.
• Ketahanan selama 2-3 jam.
• Sering hadir dalam bauan sitrus dan herba, serta berbotol besar untuk kegunaan yang kerap.
Macam mana, sudah faham bukan beza antara ketiga-tiga jenis perfume ini? Lepas ini, tak perlulah lagi terpinga-pinga apabila mahu membeli hantaran buat pasangan terutamanya perfume Movalt. Ingat, beza mereka hanyalah kepekatan wangian dan ketahanan (EDP > EDT > EDC). Semoga dapat membantu!