Kenapa Perlu Pakai Lebih Dari Satu Perfume?

Ramai antara kita yang cuma ada sejenis perfume saja, betul? Banyak faktor yang perlu diambil kira: haruman, harga, nostalgia dan sebagainya.

Namun, tahukah anda bahawa sejenis saja tidak cukup? Jom kita lihat sebab-sebabnya!

Pertama sekali, deria bau setiap orang sangat cepat menyesuaikan diri dengan bau-bauan di sekeliling. Kalau anda kekal dengan sejenis wangian saja, mungkin orang lain, atau anda sendiri, akan hilang rasa seronok perfume kegemaran anda itu disebabkan adaptasi olfactory sebegini!

Selain itu, sejenis perfume saja tidak dapat disesuaikan dengan situasi berbeza dalam kehidupan. Katakanlah anda sedang menziarahi jenazah, semestinya anda tidak mahu mencuri tumpuan dengan memakai perfume yang menusuk atau menggoda! Tentunya anda mahukan bauan yang berbeza mengikut konteks.

Untuk bau yang tidak mencuri tumpuan, direkomen anda gunakan Keramat 1 atau 2.

Akhir sekali, wangian-wangian yang ada dapat disuaikan mengikut mood ataupun iklim. Di Movalt kami perlbagaikan perfume dengan pelbagai jenis mau mengikut mood.

Di Malaysia yang panas lembap, anda mungkin perlukan juga wangian yang ringan. Dan kalau mahu meningkatkan mood yang suram, boleh cuba dapatkan perfume berbau sitrus atau floral!

Antara perfume Movalt yang mempunyai note citrus

  1. Keramat 1
  2. Srikandi 1

Antara perfume Movalt yang mempunyai note floral

  1. Srikandi 1
  2. Srikandi 2

Faham bukan mengapa kita perlu ada lebih daripada satu saja perfume? Situasi yang memerlukan pemadanan mantap serta kebolehan penyesuaian deria bau yang boleh menyebabkan kita mulai membenci sesebuah wangian yang kita pernah cintai. Maka, dapatkanlah perfume ekstra anda sekarang juga!